Resepi kari daging

ASSALAMUALAIKUM...

Kari daging

Bahan-bahan
1/2 kilo daging - dipotong ikut suka dan dibersihkan.
Serbuk kari daging - anggaran 4 sudu besar atau lebih (ikut selera dan tahap pekat kuah)
2 batang cili hijau-ikut selera pada yang suka lebih cili boleh lebihkan cili hijau
2- 3 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit ikan bilis
Kentang
Tomato
Daun kari
Air asam jawa
Santan 
Kerisik

cara :
Bland cili, bawang besar dan bawang putih, halia dan sedikit ikan bilis.
Panaskan minyak, kemudian masukkan tiga sekawan bersama sedikit daun kari.
Tumis bahan yang dibland tadi hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari. (dicampur sedikit jadikan pes).
Biar sebati dan sedikit garing,masukkan air dari lebihan bahan blander tadi agar kari tidak hangit.
Masukkan daging, masak hingga empuk kemudian masukkan kentang.
Setelah kentang dan daging empuk bolehlah masukkan santan dan air asam jawa.
Kemudian tomato dan lebihan daun kari bagi menambahkan aroma kari.
Akhir sekali masukkan kerisik kemudian perasakan dengan garam dan gula.


Tips:

1.Sekiranya tidak mahu bland sekali cili hijau anda juga boleh potong sahaja cili hijau tadi secara memanjang dan kemudian masukkan ketika anda masukkan tomato. Rasa kari anda akan lebih enak kerana rasa unik dari cili hijau apabila bercampur dengan kari menjadikan satu sentuhan rasa kemelayuan. 



Comments