Projek Tabung Duit Raya Amanda part2

Assalamualaikum...

Allahuakhbar memang tak disangka-sangka projek kuih raya Amanda ni mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tempahan demi tempahan diterima. Ada juga yang baik hati order 1 tapi bayar lebih. Berlumba-lumba mencari pahala.

Nak kata penat iya memang penat, mana taknya siang malam perlu membuat kuih yang diorder. Perlu menjaga kebersihan dan kualiti rasa. TAMBAHAN INI ADALAH AKTIVITI MEMBUAT AMAL. Walaupun tidak seberapa bantuan yang mampu si kecil ini beri pada kawan, tetapi usaha dan NIATnya itu perlu dipuji.

Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang order dan sama-sama menjayakan projek Amanda ini.
Kuih Samperit

 Kuih Cornflakes Madu

Inilah 

Comments