Projek Tabung Raya Amanda 2019

Assalamualaikum...dan salam Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih mendekatkan kita pada  Allah.

Dah beberapa minggu tidak menulis ni blog kerana kekangan masa. Hari ini 5 Ramadhan Alhamdulillah dapat meluangkan sedikit masa untuk menulis. Ramadhan kali ini agak menarik kerana anak dara saya yang berusia 10 tahun request untuk berniaga kuih raya.

Cerita bermula petang semalam, ketika dia masuk kereta selepas balik dari sekolah agama. Tiba-tiba terus terkeluar dari mulutnya..."mamy boleh tolong adik?" "Tolong apa?" Si mamy mula gusar.. "adik nak jual kuih raya lah tahun ni. Adik dah ambik order dari kawan-kawan adik sebab adik cakap kat kawan kuih samperit mamy sedap"....tiba-tiba meremang bulu roma saya. Dia dah ambil order??????

Walaupun hanya main-main order yang diambil itu tetapi riak wajah si kecil ni nampak macam sedih bila saya kata NO.. I Can't. Dia cuba memujuk berkali-kali butik teruskan usahanya berniaga kuih raya.

Selepas berbuka saya terus bertanya kepadanya kenapa dia nak jual kuih raya. Akhirnya dia berterus terang yang dia sebenarnya nak buat Tabung Duit Raya. Apa yang buat saya tersentuh, dia nak tolong kawan-kawannya yang yatim piatu. Ramai kawan-kawan di sekolahnya yang berstatus anak yatim. Dia nak kawan gembira kalau dia dapat beri duit raya dan kuih raya air tangan mamy dan dirinya.

Jadi pagi tadi selepas selesai urusan kerja saya terus beli persiapan untuk membuat biskut samperit dan cornflake madu. Sementara saya cuba share dan promote Projek Tabung Raya Amanda bersama kenalan dan keluarga di whatapp group. Ya Allah... rezeki Allah atas niat baik seorang budak, ramai yang support Amanda dengan order kuih raya Amanda. Terharu sangat-sangat dengan sokongan dan galakan uat Amanda.

Semoga Allah sentiasa dorongkan hati anak-anak saya Adam dan Amanda untuk berbuat baik dan suka membantu mereka yang memerlukan. Tidak lokek bersedekah. Saya juga doakan anak-anak anda yang baca entri saya ini doa yang sama.

Comments